Selamat Menyambut Hari Malaysia :) Pada 16.9.2012
White Blood
Saturday, 15 September 2012
Tuesday, 11 September 2012
Biodata Mahsuri
Nama sebenar beliau ialah Mahsuri binti Pandak Mayah .
Beliau dilahirkan di penghujung kurun ke-18 Masihi,di Kampung Ulu Melaka, Langkawi.
Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi...
KEHIDUPAN...
Semasa di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797)
dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin
Muadzam Shah (1797-1803) ketika Pandak Mayah berhijrah ke Langkawi...
Kelahiran Mahsuri dikatakan bahawa selepas ibunya Mak Andak (ada yang mengatakan bahawa nama ibunya sebagai Mak Andak Alang) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah,akhirnya mengandung anak perempuan yang bernama Mahsuri.
Mahsuri di asuh seperti gadis melayu lain dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat melayu..
Kecantikan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan terutama dalam kalangan kaum wanita... Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan..tempata iaitu Wan Derus,salah seorang anak wakil Sultan di Langkawi iaitu Wan Yahya (gelaran Datuk Pekerma Jaya)dan Wan Mahura...
FITNAH...
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajudin Halim Syah II ibni Al-Marhum Sultan Ziyauddin..
Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh...
Sepeninggalan Wan Derus ke luar Langkawi untuk berperang dengan Siam, Mahsuri ditinggalkan bersama dengan ibu dan bapanya di mana ketika itu Mahsuri sedang hamil....
Ketika itu Deramang seorang penyair kembara singgah di Langkawi. Kebolehannya bersyair telah menambat hati penduduk Langkawi lalu ditawar oleh Pandak Mayah agar tinggal di rumahnya untuk mengajar syair dan dendang..
Hal ini telah menimbulkan perasaan cemburu di hati ibu mentuanya iaitu Wan Mahura...
Kelahiran Wan Hakim telah mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah dengan Deramang. Disebabkan itu,mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mentuanya,Wan Yahya atas hasutan Wan Mahura.(ada yang mengatakan Deramang sempat melarikan diri)....
Mahsuri dibawa ke Padang Mat Sirat,pusat Langkawi ketika itu tempat dijatuhi hukuman bunuh...
Mahsuri diikat disebatang pokok (ada yang mengatakan pokok tersebut pokok asam) dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda ada yang mengatakan tombak tersebut tidak menembusi badannya.
Kata-kata Mahsuri untuk tidak menghalalkakn darahnya tumpah di bumi telah menjadi satu sumpahan apabila dia menyebut ' Pulau Langkawi tidak akan tenteram dan permai ibarat pdang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan...
Sumpahan Mahsuri..
Setelah Wan Derus pulang apabila Kedah gagal menewaskan Siam, dia telah mendapat tahu tentang kejadian yang menimpa isterinya.Kecewa dengan berita tersebut dia membawa Wan Hakim keluar dari Langkawi..
Sejurus Siam menyerang Pulau tersebut ,Langkawi hancur dan hangus........

Subscribe to:
Posts (Atom)